Misi Bantuan Banjir Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Dengan Kerjasama Badan Kebajikan Dan Sukan Jabatan Agama Terengganu (BERKAT) Di Kg Pasir Raja, Dungun, Terengganu
En. Ahmad Nizam Bin Abdul Manan, KPP Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau, JAIP telah menyampaikan Sumbangan Sebanyak RM 182,800.00 kepada Tn. Hj Shukri Faiz Bin Jusoh, Pengerusi Badan Kebajikan Dan Sukan Jabatan Agama Terengganu sebagai bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Daerah Dungun.
Turut serta dalam Program tersebut , YM Syed Ana Ruhizaat Bin Syed Alwi, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau (JAIP), Pegawai-pegawai dan Kakitangan dari JHEAT dan Pejabat Agama Daerah Dungun. Hasil Sumbangan Bantuan Banjir tersebut dari NGO Sahabat Masjid Pahang..
30 Januari 2024 (Selasa)
Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu