Bahagian Pendidikan (JPINT)

Profil / Latar Belakang

 Sejarah Pendidikan Sekolah Agama di Negeri Terengganu bermula dengan sistem sekolah pondok sebelum perang dunia kedua. Lahir dari kesedaran para cendekiawan dan ilmuwan berpendidikan agama.

 Pada Peringkat awal penubuhan sekitar tahun 1930an madrasah-madrasah ini adalah sumbangan  orang-orang dan juga Kerajaan Negeri. Sekolah-sekolah ini berasal daripada sekolah pondok dan dinamakan madrasah. Selepas itu Sekolah Agama ini dikenali sebagai Sekolah Arab.

 Pada awal penubuhan Sekolah Arab , mata pelajaran berfokus kepada Agama dan Bahasa Arab. Selepas tahun 1960an, Sistem pendidikan Sekolah Arab ini telah dikaji dan sistem baru yang lebih sesuai telah diselaraskan dengan Kementerian Pelajaran dengan Bahasa Arab dan Pelajaran Agama tidak diketepikan. Sistem Peperiksaan SRP dan PMR mulai diperkenalkan dan pelajar-pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan tersebut.

• Bersesuaian dengan sistem pendidikan baru yang berorientasikan Sistem Pendidikan Kebangsaan itu maka, Sekolah-sekolah Arab seterusnya dipanggil Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu ( SMANT ).

Misi

 Mewujudkan sistem pendidikan yang berpaksikan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi melahirkan generasi rabbani yang berilmu , beriman , beramal soleh dan bertaqwa sebagai qudwah hasanah kepada masyarakat.

Visi

• Melahirkan insan Soleh yang beriman, beramal dan berketerampilan sebagai usaha hasanah dalam masyarakat daripada sumber yang asal. Melahirkan pelajar yang menguasai ilmu fardhu ‘ain dan kifayah melalui intergrasi bahasa.

Objektif

• Melahirkan generasi berilmu , berakhlak , beriman dan bertaqwa.

 Melahirkan bakal pemimpin islam dan Ulama yang berwibawa dan dapat menggembeling tenaga ke arah memajukan umat.

 Melahirkan pelajar-pelajar lulusan Sekolah Menengah Agama Terengganu yang menguasai bahasa Arab dan memahami agama dari sumber yang asal.

• Melahirkan pelajar-pelajar yang berketerampilan dalam semua bidang sesuai dengan perkembangan pendidikan semasa.

Fungsi

• Bahagian Pendidikan merupakan salah satu bahagian di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu yang mempunyai peranan bagi melahirkan sebuah masyarakat yang menjadikan seperti yang terkandung didalam Al-Quran dan Al-Sunnah yang meliputi aspek-aspek syariah , akhlak , ekonomi , sosial , pendidikan dan kebudayaan.

• Bahagian Pendidikan juga merupakan bahagian yang diamanahkan untuk mengurus dan mentadbir perjalanan dan hal ehwal sekolah-sekolah Menengah Agama Terengganu serta melahirkan warganegara yang beriman , bertaqwa berakhlak , berpengalaman tinggi dan berkemahiran sesuai dengan kehendak Islam dan Negara.

Piagam Pelanggan

• Kami Menjamin memberi perkhidmatan yang ikhlas dan adil

• Memberi maklumat berhubung dengan kemasukan pelajar-pelajar ke Sekolah Menengah Agama Terengganu dalam tempoh 2 bulan

• Memastikan Pelajar-pelajar yang layak , mendapat bantuan persekolahan dan tempat tinggal di asrama.

• Menjamin setiap permohonan pertukaran pelajar yang lengkap dan memuaskan dapat diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi dua minggu.

• Menjamin memberi pendidikan agama yang cemerlang disamping mata pelajaran lain dalam tempoh pengajian yang ditetapkan.

• Memastikan dokumen-dokumen yang disediakan mengenai maklumat pelajar dan guru adalah tepat dan cepat.

• Memberi maklumat berhubung dengan peluang – peluang melanjutkan pelajaran kepada pelajar-pelajar di institut pengajian yang tinggi sama ada didalam mahupun luar negeri.

• Menjamin menyelesaikan masalah disiplin pelajar sekolah menengah agama dalam suasana mesra dan harmoni.

• Memberi layanan untuk membantu kegiatan dakwah.