Bahagian Dakwah

UNIT PENTADBIRAN
  1. Mengurus setia perjalanan
    • Laporan Prestasi
    • Disiplin
    • Kelulusan Cuti
    • Penempatan Tugas
    • Kehadiran kakitangan
    • Kursus/Latihan
  2. Mengurussetia penyediaan belanjawan Unit-unit di Bahgian Dakwah dan penyediaan Pesanan Tempatan (L/O) melalui system E-SPEKS.
  3. Menguruskan urusan penerimaan dan pendaftaran surat-surat sulit dan berdaftar.
  4. Menyimpan dan merekod perjalanan fail-fail sulit.
  5. Menyediakan surat dan memo unit pentadbiran serta memantau kelicinan perjalan dan pengedaran surat-surat Bahgian Dakwah.
  6. Menjaga dan mengawal stok alat tulis dan barangan harta modal.
  7. Menguruskan urusan tempahan makan minum untuk mesyuarat dan perjumpaan di Bahagian Dakwah.
UNIT DAKWAH & TARBIYYAH
  1. Merancang dan menyelaras program/ aktiviti berkaitan dakwah dan tarbiah Islamiah di peringkat jabatan dan di peringkat negeri.
  2. Bekerjasama dengan pelbagai agensi dan NGO dalam penganjuran program/ aktiviti berkaitan dakwah dan tarbiah Islamiah.
  3. Menyelaras tugasan Skim Perkhidmatan Pegawai Dai MAIDAM.
  4. Menyelaras program Skim Pengajaran Muallim.
  5. Mengurus program Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT).
  6. Mengurus program Kelas Pengajian Tafaqquh Fiddin.
  7. Merancang dan menyelaras program-program keagamaan sempena sambutan hari-hari kebesaran Islam.
  8. Mengurus permohonan Tauliah Mengajar serta permohonan Kebenaran Khas menganjurkan ceramah yang berkaitan dengan pengajaran agama Islam.
  9. Menyelaras program Skim Perkhidmatan Jurumandi Jenazah.
UNIT UKHUWAH
  1. Mengurusetiakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri.
  2. Mengurusetiakan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri.
  3. Mengurusetiakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri.
  4. Mangurusetiakan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri.
  5. Mengurusetiakan Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan Peringkat Negeri.
  6. Mengurusetiakan Skim Hafaz Al-Quran Dewasa Terbuka Negeri (2 kali setahun).
  7. Mengurusetiakan Skim Hafaz Al-Quran Pelajar Sekolah Negeri.
  8. Menguruskan proses pendaftaran dan rekod Saudara Kita.
  9. Bekerjasama dan menyelaras program berbentuk keagamaan agensi-agensi lain.
  10. Menguruskan sokongan permohonan visa mengajar.
UNIT PENERBITAN
  1. Merancang dan menyediakan risalah khas bahan penerbitan sempena perayaan besar Islam di peringkat Negeri (Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Pelancaran Ihya’ Ramadhan,Majlis Tilawah Al-Quran, Majlis Menghafaz Al-Quran dan lain-lain).
  2. Menyedia dan menguruskan titah KDYMM sempena Ramadhan dan Aidilfitri.
  3. Menyedia dan menguruskan teks ucapan rasmi jabatan sempena perayaan Besar Islam di Peringkat Negeri (Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Pelancaran Ihya’ Ramadhan,Majlis Tilawah Al-Quran, Majlis Menghafaz Al-Quran dan lain-lain).
  4. Mrancang dan melaksanakan mesyuarat dan bengkel Unit Penerbitan.
  5. Merancang dan melaksanakan penerbitan risalah-risalah dan buku-buku keagamaan.
  6. Merancang dan menguruskan cetakan kad jemputan, banting, banner, billboard, backdrop, kad aturcara dan sijil bagi majlis keagamaan peringkat negeri  (Maal Hijrah, Maulidur Rasul,Pelancaran Ihya’ Ramadhan,Majlis Tilawah Al-Quran, Majlis Menghafaz Al-Quran dan lain-lain).
  7. Merancang dan menguruskan pengedaran bahan penerbitan jabatan.
  8. Menyelia dan mengurus perpustakaan JHEAT.