Majlis Amanat Tahun Baharu YBrs. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu

Sekitar Majlis Amanat Tahun Baharu YBrs. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu bersama Pegawai dan Kakitangan 2024.
Majlis dimulakan dengan Penyampaian Amanat oleh YBrs. Tuan Haji M. Rozi Bin Bidin, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu.
Seterus nya Bacaan Ikrar Akta Rahsia Rasmi dan Ikrar Bebas Rasuah dipimpin oleh Ustaz Shaharuddin Bin Zainal, Penolong Kanan Pesuruhjaya (PSM) JHEAT merangkap Pegawai Integriti JHEAT.

Majlis diteruskan dengan Gimik Tandangan Ikrar dan Penyampaian Sijil Penghargaan Jabatan :-
1. Kontinjen Terengganu Ke Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) tahun 2023 yang telah meraih Johan Keseluruhan Kebangsaan
2. Kumpulan KIK JHEAT yang telah meraih Tempat Ketiga Peringkat Negeri
3.. MAKSAK Islamic Carnival 2023
– Naib Johan Tilawah Al-Quran (Lelaki)
4. Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di Medan, Sumatera, Indonesia
– Tempat Ketiga Qari
5.Kejohanan Sukan Sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama Malaysia (iIJPAM) 2023
Badminton – Tempat Ketiga
Ping Pong – Tempat Ketiga
Tahniah Dan Syabas kepada semua pemenang serta Jutaan Terima Kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakannya.