Bahagian Undang-Undang Keluarga

UNIT PENTADBIRAN
  1. Menyelia kakitangan bahagian termasuk kehadiran, rekod cuti, laporan penilaian tahunan.
  2. Mempastikan pengisian perjawatan.
  3. Merancang, menyedia dan menguruskan bajet tahunan bahagian.
  4. Menguruskan penerimaan dan pengedaran surat-surat dan mel.
  5. Menguruskan mesyuarat dalaman dan penggunaan bilik mesyuarat.
  6. Menguruskan semua pembayaran yang berhubungkait dengan bahagian
  7. Menguruskan akaun amanah dan mempastikan mesyuarat diadakan mengikut peraturan
  8. Menguruskan pesanan tempatan, stok dan peralatan yang diperlukan oleh bahagian dan unit-unit.
UNIT PENDAFTARAN NIKAH, CERAI & RUJU’
  1. Mengurus pelantikan Pendaftar termasuk Timbalan dan Penolong Pendaftar.
  2. Mengurus dan mengawalselia pendaftaran perkahwinan perkahwinan perceraian dan ruju’ orang Islam.
  3. Mengurus pelantikan Jurunikah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
  4. Mencadang / mengesyorkan pindaan undang-undang, SOP dan kaedah-kaedah bagi memastikan semua Pendaftaran Perkahwinan dicatat di dalam Daftar Perkahwinan dan Pendaftaran Perceraian dicatat di dalam Daftar Perceraian dan Pembatalan, dilaksanakan secara seragam dan betul.
  5. Mengurus pengeluaran dan carian dokumen perkahwinan, perceraian dan ruju’ orang Islam.
  6. Mentadbir, menyelia dan menaiktaraf Sistem e-Munakahat Terengganu.
  7. Mengadakan kursus/ seminar/ persidangan kepada Pendaftar dan jurunikah.
UNIT KHIDMAT NASIHAT
  1. Merancang dan menyusun pelaksanaan SOP dan aktiviti untuk Khidmat Nasihat.
  2. Merancang latihan serta memberi pendedahan dan kemahiran berkaitan khidmat nasihat/ rundingcara keluarga kepada Pegawai Rundingcara Keluarga di daerah-daerah.
  3. Melaksanakan Modul Manual Kaunseling Syari’e.
  4. Melaksanakan perkhidmatan khidmat nasihat/rundingcara keluarga kepada orang ramai.
  5. Mengurus dan mentadbir dalam pelaksanaan rujukan kes-kes rumahtangga kepada lain-lain agensi.
  6. Mengklasifikasikan rekod dan maklumat peribadi klien adalah sebagai SULIT dan RAHSIA serta disimpan sewajarnya.
  7. Menyediakan laporan khidmat nasihat/rundingcara keluarga (laporan bulanan dan tahunan).
UNIT PEMBANGUNAN KELUARGA
  1. Mengadakan,mengurus dan menyelaras kursus Praperkahwinan berdasarkan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI).
  2. Menyelaras dan menyelia Pusat dan Modul Khidmat Keluarga Sosial Dan Komuniti (PKKSK) bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancang dilaksanakan mengikut modul-modul yang telah ditetapkan.
  3. Mengadakan latihan kemahiran dan lanjutan fasilitator yang terlibat.
  4. Bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang berkaitan untuk sama-sama melaksanakan program/ aktiviti bagi memperkukuhkan institusi keluarga Islam
  5. Menyediakan laporan pelaksanaan program-program di bawah Unit Pembangunan Keluarga Islam.
  6. Menerbitkan dan mengedarkan bahan bacaan dan risalah-risalah berkaitan Pembangunan Keluarga Islam.
  7. Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Akauan Amanah MBKPI dan PPKI & PPS (PKKSK) serta mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun..