FAQs

Accordion Content

1. Apakah jenis sekolah rendah agama di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu?

Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI)

2. Di manakah lokasi SRIDI?

Lokasi SRIDI adalah mengikut kawasan DUN. Buat permulaan ini, sebanyak Sembilan buah SRIDI terdapat di seluruh negeri Terengganu iaitu :

 

Bil.

Sekolah

Alamat

Hubungi

1.

SRIDI Bandar

No. 68-78, Pusat Komersial, Cabang Tiga, 21000 Kuala Terengganu

No.Tel:09-6205307         Email:srididunbandar@gmail.com

2.

SRIDI Buluh Gading

 

Kompleks Usahawan

Terengganu Kampung Kubang Jela, 21200 Kuala Terengganu

No.Tel:09-6151591         Email:sridibuluhgading@gmail.com

3.

SRIDI Pengkalan Berangan

Kompleks Perniagaan Majlis Daerah Marang, Kg Binjai Rendah Bukit Payong 21400 Marang Terengganu

No. Tel: 09-6191043        

Email: sridi.pb.br@gmail.com

 

4.

SRIDI Bukit Besi

Jalan Sultan Ahmad, 23400 Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.

No. Tel: 09-8222202        

Email: sridiambs@gmail.com

5.

SRIDI Ajil

Blok D, Bangunan Pusat Dagangan Ajil (ATC), Pekan Ajil , 21800 Ajil, Terengganu.

No. Tel: 09-6862500        

Email: sridiajil@gmail.com

6.

SRIDI Kota Putera

d/a Sekolah Menengah Agama Maarif, Kampung Raja, 22200 Kuala Terengganu, Terengganu.

No. Tel: 09-6950109        

Email:sridi.kampungraja@gmail.com

7.

SRIDI Paka

d/a Sekolah Agama Rakyat Felda Kerteh 1, Ketengah Jaya, 23300 Dungun, Terengganu.

No. Tel: 09-8202022        

Email: sridipaka@gmail.com

8.

SRIDI Permaisuri

Lot 2403 & 2404, Tingkat Bawah 1 & 2, Wisma Yayasan Islam Terengganu, Bandar Permaisuri, 22100 Setiu, Terengganu.

No. Tel: 09-6091175        

Email: sridipermaisuri@gmail.com

9.

SRIDI Kijal

2-12, Bangunan Majlis Perbandaran Kemaman, Kompleks Paya Lasir, 24100 Kijal, Terengganu.

No. Tel: 013-9952363        

Email: sridikijal2020@gmail.com

 3. Apakah kriteria penilaian murid ke SRIDI?

  1. Berumur 7 Tahun Pada Sesi 2021
  2. Sihat Tubuh Badan
  3. Warganegara Malaysia Dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman
  4. Boleh Membaca Al-Quran
  5. Boleh Membaca Dan Menulis Jawi & Rumi
  6. Lulus ujian & temuduga yang dijalankan

4. Apakah Keistimewaan SRIDI

  1. Sesi Pembelajaran Bermula 8.00 Pagi-4.00 Petang
  2. Sukatan Akademik Mengikut Kurikulum KSSR (Kementerian Pendidikan Malaysia)
  3. Sukatan Kurikulum Negeri (Diniyyah) Disediakan Oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
  4. Skim Pinjaman Buku Teks
  5. Penekanan Latihan Amali Fardu Ain Dan Hafazan Al-Quran
  6. Aktiviti Kokurikulum Yang Menarik Demi Kekuatan Jati Diri Murid

5. Bagaimanakah cara untuk memohon/mendaftar anak ke Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI)

Permohonan kemasukan ke Sekolah Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) boleh dibuat secara on-line sepenuhnya melalui laman sesawang berikut :-

           Laman sesawang : sridionline.terengganu.gov.my

6. Adakah SRIDI menyediakan kemudahan untuk mengisi permohonan secara atas talian?

Ya. Sekiranya ibu bapa tidak mempunyai kemudahan & akses internet di   rumah, ibu bapa boleh membuat pengisian permohonan di SRIDI berhampiran. Ibu bapa juga boleh mengunjungi Pusat Akses Internet Rakyat (PINTAR) yang berdekatan untuk membuat pengisian borang permohonan.

7. Siapakah yang boleh memohon?

Murid lepasan Pra-Sekolah, tadika, Tabika Kemas, dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Tadika Swasta.   

8. Bolehkah murid Tahun 2 hingga tahun 6 memohon?

Tidak. Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) hanya membuka pengambillan dan  menawarkan kemasukan ke  Tahun 1 sahaja.

9.Bagaimana cara untuk mengakses sistem permohonan?

Bagi mengisi borang permohonan, semakan ke ujian &  temu duga, status permohonan sama ada berjaya atau gagal dan mencetak surat tawaran, ibu bapa  perlu  memasukkan nombor Mykid anak sebagai ‘kata laluan’ untuk mengakses sistem sridionline.terengganu.gov.my

10. Bilakah tarikh permohonan dibuka?

Permohonan ke Tahun 1 Sekolah Agama Negeri Terengganu bagi kemasukan sesi 2021 ialah pada 13 Ogos 2020. Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 September 2020

11. Sekiranya akses disekat, apa yang perlu dilakukan?

Ibu bapa perlu merujuk pihak SRIDI yang berhampiran. Sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan, perlu merujuk kepada Bahagian Pendidikan,     Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

12. Apakah persamaan/perbezaan pembelajaran di SRIDI dengan Sekolah Kebangsaan (KPM)?

 Murid di SRIDI belajar mata pelajaran KSSM dan Kurikulum Agama Negeri           yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama    Terengganu (JHEAT).

13. Bagaimana murid SRIDI dipilih?

 Berdasarkan keputusan ujian dan temu duga serta jumlah kapasiti sekolah.

14. Anak saya ditawarkan masuk ke tahun 1 SRIDI, apakah persediaan pakaian/uniform sekolah yang perlu disediakan?

  • Bagi murid lelaki ialah baju kemeja berwarna putih dan berlengan pendek, seluar panjang berwarna hijau gelap, stoking hitam/gelap, kasut hitam dan berkopiah hitam.
  • Bagi murid perempuan pula, pakaiannya ialah baju kurung berwarna putih, kain berwarna hijau gelap, stoking hitam/gelap, kasut hitam/          tudung labuh dan scarf berwarna putih.

15. Berapakah jumlah yuran yang perlu disediakan?

  • Yuran bagi murid SRIDI ialah mengikut tahun. Bagi tahun 1, yuran asas yang perlu disediakan ialah RM 140 setahun. Bagi tahun 2 hingga tahun 6, yuran asasnya ialah RM 40 setahun. (bergantung kepada pindaan).

16. Apakah tindakan ibu bapa selepas membuat pengisian permohonan secara atas talian?

Ibu bapa perlu mencetak salinan borang permohonan,mencetak slip panggilan    ujian & temudu ga pada tarikh semakan panggilan ujian & temu duga. Kemudian sediakan dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa temu duga.

17. Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa sesi ujian & temu duga

  1. Borang permohonan (sebagai bukti permohonan telah dibuat)
  2. Slip panggilan temuduga (cetak pada tarikh semakan panggilan ujian & temuduga)
  3. Asal dan Salinan Sijil Kelahiran/Surat Beranak/Sijil Anak Angkat
  4. Asal dan Salinan Kad Pengenalan bapa
  5. Asal dan salinan Kad pengenalan ibu
  6. Asal dan salinan Sijil Nikah/Surat Cerai Ibu bapa
  7. Sijil Kematian Ibu/Bapa (jika ibu bapa telah meningggal dunia)
  8. Akuan Bermastautin di Terengganu (jika ibu bapa bukan rakyat Terengganu)
  9. Akuan kesihatan Murid/Laporan Kesihatan/Rekod Kesihatan Murid
  10. Bil Elektrik (TNB) atau Air (SATU) atau Cukai Pintu (Bukti Tempat Tinggal Semasa)

18. Bagaimanakah ibu bapa boleh mengikuti perkembangan SRIDI?

Ibu bapa boleh melayari facebook page SRIDI yang berkenaan seperti berikut :     

·     Sekolah Rendah Islam Darul Iman Dun Bandar

·     Sekolah Rendah Islam Darul Iman – SRIDI Buluh Gading

·     Sekolah Rendah Islam Darul Iman SRIDI Pengkalan Berangan, Marang

·     Sekolah Rendah Islam Darul Iman – SRIDI Ajil

·     Sekolah Rendah Islam Darul Iman, AMBS

·     Sekolah Rendah Islam Darul Iman Paka – SRIDI PAKA

·     Sekolah Rendah Islam Darul Iman Kijal – SRIDI KIJAL

·     Sekolah Rendah Islam Darul Iman – SRIDI Permaisuri, Setiu

·     Sekolah Rendah Islam Darul Iman Kota Putera – SRIDI Kota Putera

 19. Apakah kontak/tempat yang boleh dihubungi oleh ibu bapa jika menghadapi sebarang permasalahan pengisian borang?

Ibu bapa boleh menghubungi SRIDI yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu:

 

Bahagian Pendidikan,

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman,

Jalan Sultan Mohamad

20676 Kuala Terengganu

No. Telefon : 09-6252525

FB page : Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

 

Unit Hal Ehwal Murid

Bahagian Pendidikan

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

Kemaskini: 28.7.2020

Masjid di negeri Terengganu dibahagi kepada 2 kategori iaitu Masjid Kerajaan dan Masjid Mukim.  Secara asasnya untuk membezakan kategori ini ialah Imam/Bilal di masjid Kerajaan adalah berjawatan dan bergaji manakala Imam/Bilal di masjid mukim dibayar elaun.

Bagi masjid kerajaan, syarat minimum untuk memohon jawatan Imam/Bilal (skim Mubaligh) ialah SPM atau setarafnya. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar surat permohonan dan resume ke Penolong Pesuruhjaya (PSM), Bahagian Pentadbiran, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Bagi masjid mukim, calon perlu mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Pejabat Agama Daerah.

 

Pihak Jabatan akan menerima teks khutbah daripada panel penulis, agensi dan jabatan luar dan orang perseorangan. Setiap teks khutbah ini akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Penulisan dan Penyemakan Khutbah Negeri Terengganu yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu untuk tujuan semakan dan kelulusan.  Hanya teks yang diluluskan sahaja akan diedar ke seluruh masjid Negeri Terengganu pada setiap minggu.

Boleh atau tidak sekiranya dalam rumah tersebut ramai keluarga tetapi salah seorang anak membawa balik perempuan, boleh ditangkap atau tidak?

Tangkapan boleh dibuat tetapi pegawai penyiasat akan memutuskan samada kes tersebut boleh didaftarkan atau tidak.

Saya tinggal 3 orang serumah, tetapi salah seorang kawan saya sering membawa balik perempuan (kekasihnya) dalam rumah tersebut dan tidur dengannya dalam satu bilik. Jika saya membuat laporan, adakah saya akan ditangkap sekali dengan mereka kerana subahat

 Ikut peraturan perundangan, semua orang yang ada di rumah tersebut boleh ditangkap tetapi dalam kes di atas, maklum kepada pihak berkuasa bahawa saya pemberi maklumat juga ada bersama di rumah tersebut dan Penguatkuasa Syariah akan sediakan satu laporan dan pemberi maklumat tidak akan didakwa.

Sebab apa ada kes yang ditangkap, yang kena tangkap tahu siapa yang buat aduan?dia kata orang pejabat agama yang memberitahu.

Prosedur penguatkuasa tidak boleh didedahkan identity pemberi maklumat, sekiranya dakwaan mengatakan penguatkuasa syariah memberitahu, maka penguatkuasa tersebut boleh dikenakan tindakan.

Semasa bicara kes, adakah pemberi maklumat akan menjadi saksi?

Pemberi maklumat yang identitinya didedahkan saja akan dipanggil sebagai saksi itupun jika perlu oleh Jabatan Pendakwaan.

Bagaimana jika kes yang dilaporkan perlu tindakan segera?

Buat laporan atau maklumat kepada penguatkuasa syariah dan maklumkan maklumat tersebut perlu pada tindakan segera, penguatkuasa syariah akan pohon kerjasama dari agensi lain untuk bertindak.

Kenapa pemberi maklumat diberikan tetapi lambat tindakan dari pejabat agama?

Maklumat perlu dibuat siasatan terlebih dahulu dan jika kes dalam premis perlukan kepada waran geledah dari mahkamah syariah, mahkamah hanya bersidang pada waktu bekerja sahaja.

Adakah pemberi maklumat akan didedah indentitinya?

Pemberi Maklumat indentitinya didedah dalam kes Penceraian, kes sumbang mahram, kes yang melibatkan orang ketiga contohnya kes memujuk lari. Selain itu pemberi maklumat tidak didedahkan.

Tatacara pelupusan Al-Quran oleh Jabatan Mufti Negeri Terengganu

1.    Pengendali proses pembakaran tersebut hendaklah memasang niat yang ikhlas demi memelihara kehormatan ayat-ayat suci Al-Quran daripada dihina atau dibiarkan berada pada tempat yang tidak sepatutnya.

2.    Pengendali proses tersebut hendaklah berada dalam keadaan suci / berwuduk.

3.    Bahan yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran yang dibakar hendaklah menyeluruh tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.

4.    Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran yang telah dibakar hendaklah dipastikan dikumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah merata tempat.

5.    Bahan yang telah dibakar hendaklah ditanam pada tempat yang bersih atau tempat yang tidak dilalui orang atau dibuang ke dalam laut / sungai yang mengalir airnya.

6.    Kerja-kerja pembakaran hendaklah dikawal selia oleh pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu atau pihak yang mahu melupuskan bahan-bahan tersebut.

Berapakah kadar bayaran bagi 1 kilogram barang yang ingin dilupuskan?

Tiada sebarang caj yang dikenakan.

Di manakah tempat penyimpanan bahan / teks yang ingin dilupuskan?

Di Terengganu, ia mempunyai dua (2) tempat penyimpanan sementara bahan / teks Al-Quran yang ingin dilupuskan iaitu:

i.    Pejabat-pejabat Agama Daerah
(pusat pengumpulan dan penyimpanan sementara)

ii.    Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
(pusat pengumpulan utama dan aktiviti pelupusan)

Di manakah tempat pelupusan yang digunakan?

Aktiviti Pelupusan Bahan / Teks Al-Quran di JHEAT beroperasi di tapak pelupusan (kawasan terbuka dan berbumbung), bersebelahan tempat letak kenderaan pegawai JHEAT. 

Berapakah jumlah Bahan / Teks Al-Quran yang dilupuskan dalam masa satu hari?

Bagi satu (1) hari aktiviti pelupusan, sebanyak 400kg bahan / teks Al-Quran dibakar dengan menggunakan dua (2) unit Relau (satu (1) unit Relau dapat memuatkan sehingga 200kg bahan / teks Al-Quran), menghasilkan 80kg abu dan dapat membentuk 16 unit kiub seberat 10kg / unit (berat kiub = 5kg abu + 5kg air).

Bagaimana JHEAT menjalankan aktiviti pelupusan tersebut?

Di Terengganu, aktiviti Pelupusan Bahan / Teks Al-Quran dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Penyelidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan dikawalselia oleh seorang (1) Pegawai Hal Ehwal Islam.

Teks Al-Quran yang diterima akan dikumpul sementara di atas rak pengumpulan (di tempat pengumpulan) sebelum dibakar menggunakan sebuah alat dipanggil Relau. Pembakaran sempurna mengambil masa 8 – 12 jam bergantung kepada keadaan fizikal bahan / teks Al-Quran tersebut, sama ada ia dalam kering atau basah.

Kemudian, hasil pembakaran (abu) akan dipindah dan disimpan sementara di dalam tong silaj sebelum dibakar menjadi kiub bagi memudahkan proses pelupusan ke laut.

Aktiviti pelupusan kiub ke laut dilupuskan secara tertib di kawasan  yang telah ditetapkan oleh Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur.

Bagaimanakah keadaan setiap bahan / teks Al-Quran yang ingin dilupuskan?

1.    dalam keadaan kering
2.    secara kemas dan tersusun di dalam kotak atau plastik yang diikat rapi
3.    tidak bercampur/dicampur dengan bahan yang tidak berkenaan seperti kaca/plastik/bingkai gambar dan hiasan, serta yang seumpamanya.

Bagaimanakah proses untuk menghantar bahan / teks Al-Quran untuk dilupuskan?

Boleh datang sendiri ke Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu bagi mendapatkan mendapatkan ‘Borang Permohonan Pelupusan Mushaf Al-Quran Dan Bahan Bercetak Ayat-Ayat Al-Quran’ atau dengan cara mendapatkannya di laman web JHEAT  http://jheatweb.terengganu.gov.my.

 

Q5          : Saya adalah rakyat Terengganu, tetapi bekerja di Selangor, Bolehkah saya berkursus di Selangor dan bolehkah sijil ini digunakan untuk perkahwinan di Terengganu?

A5           Saudara/ ri boleh menyertai kursus di mana-mana negeri dan sijil kursus praperkahwinan islam sah digunakan kerana semuanegeri menggunakan Modul yang sama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 Q4          : Saya adalah seorang janda, adakah saya perlu hadiri kursus kahwin untuk perkahwinan saya kali kedua?

A4           Bagi permohonan perkahwinan kedua, memadai dengan mengemukakan surat cerai @ surat mati ,tidak perlu kepada sijil kursus praperkahwinan islam.

 Q4          : Saya adalah seorang janda, adakah saya perlu hadiri kursus kahwin untuk perkahwinan saya kali kedua?

A4           Bagi permohonan perkahwinan kedua, memadai dengan mengemukakan surat cerai @ surat mati ,tidak perlu kepada sijil kursus praperkahwinan islam.

 Q3          : Saya telah kehilangan sijil kursus kahwin, bagaimana caranya untuk saya mendapatkan sijil baharu?

A3           Bagi peserta yang telah kehilangan sijil kursus Praperkahwinan Islam boleh membuat permohonan salinan sijil tersebut dimana ia dianjurkan dengan bayaran RM5.

2         : Adakah sijil kursus kahwin ada tarikh tamat tempoh?

A2           Tempoh sijil kursus Praperkahwinan islam adalah seumur hidup

1       : Saya telah hadir kursus kahwin pada tahun 2017, namun saya tidak menerima sijil kerana saya tertinggal slot, apakah saya perlu lakukan?

A1           Mana-mana peserta yang tertinggal slot, wajib menggantikan slot yang ditinggalkandalamtempohduabelas (12) bulanatausatu (1) tahundaritarikhdaftar. Jikamelebihitempohtersebutbayaranbaruakandikenakan.

Saya menantu yang sangat tidak direstui oleh kedua ibubapa mertua saya kerana saya telah mengandung sebelum bernikah . Saya sayang keluarga saya . Bagaimana jalan penyelesaian terbaik untuk membantu saya ?

  • Selalu hubungi
  • Bawa buah tangan
  • Kenali sikap mertua
  • Jangan marah suami depan mertua
  • Kongsi minat
  • Jaga tuturkata
  • Sayang seperti keluarga sendiri

Anak lelaki saya ada kecenderungan minat sesama lelaki , melalui percakapan dan tindakannya. Saya inginmendapatkansedikit pandangan dan nasihat di dalam perkara tersebut.

Antaranya menyuruh anak:

  1. Ubah mindset

Langkah utama untuk keluar daripada lingkaran ini ialah dengan menukar mindset yang anak anda tiada pilihan lain kepada ‘aku ada pilihan’ atau ‘aku boleh berubah’. Jika anak anda tidak menukar mindset, maka sukar untuk sesiapa pun bantu anak anda dalam hal ini.

  1. Puasa

Antara ibadah yang baik dilakukan bagi mengawal nafsu syahwat ialah dengan berpuasa. Inilah anjuran baginda kepada pemuda yang yang ingin bernikah tetapi belum mampu. Puasa merupakan langkah pencegahan yang efektif bagi mengekang hawa nafsu.

  1. Success story

Terdapat banyak kisah2 kejayaan atau success story pada mereka yang dahulunya seorang yang homoseksual tetapi berjaya berubah, berkahwin dan seterusnya memperolehi anak. Pastinya ia tidak mudah, perlukan kepada pengorbanan dan semangat untuk terus berubah dan percaya diri. Namun yang paling penting, anak anda perlu bertanya pada diri nya, jika mereka mampu lakukan dan berubah, mengapa tidak beliau sendiri.

  1. Refleksi Diri

Anak anda juga perlu membuat refleksi diri atau muhasabah diri

  1. Langkah Pencegahan (Intervention)

Bagi mengelakkan terjerumus daripada perbuatan yang dikeji ini, sebaiknya anda perlu melakukan langkah2 pencegahan dan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang membawa risiko bagi anda mengulangi perbuatan terlarang.

Suami saya seorang penagih dadah , yang kurang didkan agama, yang mana beliau sentiasa mempermainkan takliq secara berulang-ulang ,jikalau berlaku sesuatu masalah dalam rumahtangga , apa jalan terbaik untuk saya hadapi situasi ini ?

-Cerai taklik adalah perceraian yang berlaku disebabkan perkara yang digantung (ditaklikkan) kepada perceraian tanpa mengira perkara yang digantungkan itu berkait dengan kelakuan manusia (suami, isteri atau pihak lain) atau sebaliknya seperti masa dan keadaan.

-Kehidupan berumah tangga bukanlah semudah kata bermadah kerana apabila perkahwinan terbina, suami dan isteri perlu melayarinya dengan ilmu dan kemahiran. Begitu juga alam perkahwinan perlu diisi dengan pelbagai sumber agar perkahwinan dan rumah tangga akan mendapat rahmat dan hidayah daripada-Nya.

-Perceraian sekalipun dibenarkan dalam Islam namun ia perkara yang amat dibenci. Daripada Ibnu Abbas, Nabi SAW bersabda: “Perkara halal yang paling Allah benci adalah perceraian.” Justeru, dalam kemelut rumah tangga, talak atau cerai adalah jalan terakhir setelah beberapa usaha menyelamatkan rumah tangga yang dibina telah dilakukan.

-Setelah lafaz itu dijatuhkan, suami dan/atau isteri perlulah bertindak merujuk kepada pihak yang terdekat seperti imam atau penolong pendaftar, pegawai agama atau terus ke mahkamah supaya kes tersebut dapat didengari dan difahami. Keadaan ini penting supaya tidak menimbulkan kekeliruan fahaman tentang lafaz yang dijatuhkan.

-Kegagalan pasangan mendaftarkan pengesahan lafaz cerai akan memberi impak kepada hukum terutamanya yang berkaitan seperti sah atau tidak lafaz talak tersebut, tempoh idah yang akan dilalui oleh isteri, nafkah isteri ketika idah dan tempoh sahnya lafaz rujuk yang akan dilafazkan oleh suami. Bahkan, jika berlaku hubungan suami isteri adakah ia sah di sisi hukum apabila tiadanya lafaz rujuk yang dipersaksikan oleh pihak yang berwajib.

-Sekiranya suami tidak mengemukakan aduan bahkan melarang isteri membuat pengaduan kepada pihak yang bertanggungjawab, suami akan menanggung segala beban dosa selama mana perkara itu tidak dilakukan tindakan. Namun isteri perlulah bijak mencari ruang dan peluang untuk melaporkan agar perkara tersebut tidak akan tergantung tanpa ada pengesahan yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah.

-Suami yang bertanggungjawab akan bertindak segera di atas tanggungjawabnya bagi memastikan lafaz tersebut sah atau tidak serta melakukan lafaz rujuk di hadapan saksi agar hubungan perkahwinan itu dapat diperakui secara undang-undang. Sekaligus anak-anak yang bakal lahir dapat dibinkan atau diwalikan dengan bapa yang sah.

Semalam suami saya telah melafaz cerai kepada isteri saya dengan talak dua, apa yang patut saya lakukan untuk rujuk kembali?

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipenuhi pasangan yang ingin merujuk iaitu:

  1. Suami hendaklah melafazkan niat untuk merujuk bekas isterinya.
  2. Bekas isteri perlu memberikan persetujuannya ke atas rujuk itu. Selepas itu, suami dikehendaki menghantar permohonan ke Mahkamah Syariah untuk mendaftarkan rujuk.

Kemudian, mahkamah akan mengeluarkan perintah supaya pasangan yang bercerai tadi hidup semula sebagai suami isteri.

Selepas proses rujuk itu lengkap, barulah suami boleh kembali kepada bekas isterinya

Apakah ada jaminan masalah saya boleh diselesaikan melalui kaunseling?

Proses kaunseling adalah untuk membantu memberikan celik akal kepada klien dan penyelesaian kepada sesuatu masalah adalah bergantung sepenuhnya kepada klien itu sendiri.

Berapa lama sesi kaunseling berjalan?

Setiap sesi bersama kaunselor adalah antara 1 hingga 2 jam.

Bolehkah kaunselor merahsiakan cerita saya?

Semua perbincangan bersama kaunselor anda adalah SULIT dan ia adalah dirahsiakan dan tertakluk kepada Akta 580.

Bilakah waktu perkhidmatan?

Waktu perkhidmatan adalah pada waktu pejabat dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Ahad hingga Khamis.

Adakah perkhidmatan Kaunseling dieknakan bayaran?

Tiada bayaran dan caj dikenakan untuk perkhidmatan yang diberikan oleh pegawai rundingcara.

  • Siapa yang boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling?
  • Pasangan yang berkonflik
  • Individu yang mengalami tekanan & stress
  • Individu yang sukar berinteraksi dengan pasangan
  • Ingin berkongsi masalah
  • Yang memerlukan pengukuhan emosi
  • Yang memerlukan bimbingan/panduan
  • Yang memahami peraturan/prosedur
  • Ingin mempertingkatkan kemahiran diri
  • Ingin memulihkan perhubungan dengan ahli keluarga
  • Memahami diri sendiri,pasangan dan ahli Keluarga
  • Ingin kenalpasti masalah

Bagaimana cara mendapatkan perkhidmatan Kaunseling?

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh  bahagian kaunseling boleh didapati dengan menggunakan borang yang disediakan,  membuat temujanji samada melalui telefon, sms, email atau datang terus ke pejabat.

Selain itu, perkhidmatan yang ditawarkan adalah

  • kursus dan ceramah-cermah perkembangan diri dan modal insan
  • khidmat interpretasi ujian-ujian psikologi
  • Perkhidmatan Ujian Psikologi,
  • Perkhidmatan Kaunseling
  • Perkhidmatan Pencegahan dan Pembangunan Sahsiah
  • Perkhidmatan Konsultasi dan
  • Perkhidmatan Peningkatan Kemahiran Kaunseling.

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan dibahagian Kaunseling?

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh bahagian kaunseling adalah khidmat kaunseling individu dan kelompok merangkumi aspek peribadi, kerjaya perkahwinan, keluarga dan interpersonal. Kaunseling merupakan proses perhubungan menolong yang dilakukan oleh kaunselor bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela berlandaskan etika kaunseling.

 

Apakah ciri-ciri yang membolehkan sesuatu ajaran itu dikategori sebagai meragukan?

•    Mengaku dirinya sebagai Rasul, Nabi, Imam Mahdi atau mana-mana wali
•    Guru atau murid membuat pengakuan menerima wahyu
•    Mengaku dirinya dan gurunya maksum
•    Huruf-huruf dalam kalimah tertentu hanyalah lambang
•    Mengamalkan nikah batin
•    Boleh menqasar dan menjamakkan sembahyang pada bila-bila masa dan di mana-mana jua
•    Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah
•    Memansuhkan Syariat Islam dan membuat syariat baru yang terpesong daripada Syariat Islam
•    Dikehendaki memuja mana-mana orang, binatang, tempat atau benda-benda yang seumpamanya
•    Mendakwa dirinya mengetahui peristiwa atau perkara di luar pengetahuan atau pemahaman manusia

Bagaimanakah cara untuk membuat aduan atau laporan tentang aktiviti ajaran atau perkara meragukan?

Aduan atau laporan tentang aktiviti atau perkara ajaran meragukan bolehlah dibuat dengan mengisi borang aduan di Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan pada waktu pejabat setiap hari bekerja.

1. Apakah syarat untuk memohon Sijil Halal?

-SSM/SKM
-Lesen PBT/Surat Sokongan Agensi Pembimbing
-Premis yang berasingan

2.Bagaimana nak tau berkenaan status Halal sesuatu produk/premis?
– Sila layari directory Halal

3. Berapa lama tempoh permohonan pensijilan halal
-sebulan  hingga 3 bulan bergantung kepada komitmen pemohon sendiri

4. Bagaimana cara untuk memohon Sijil Halal?
– Permohonan secara atas talian sistem.halal.gov.my/myehalal

5.Apakah warna sebenar Logo Halal?
-Tiada warna yang spesifik tetapi perlu mengikut spesifikasi logo Halal Malaysia