Bahagian Penguatkuasaan

UNIT PENTADBIRAN
  1. Mengawal selia kakitangan, aset, kemudahan lain serta keceriaan dan kekemasan di Bahagian.
  2. Merancang mengenai perjawatan dan pembangunan Bahagian.
  3. Menyediakan bajet tahunan dan menguruskan pembelian dan perbelanjaan.
  4. Mengurus penerimaan, perjalanan surat-menyurat/minit mesyuarat dan fail.
  5. Mengurus kursus kakitangan, penilaian prestasi dan anugerah-anugerah yang lain.
  6. Menyelia dan mengurus peralatan di Bahagian Penguatkuasaan.
  7. Mengurus permohonan dan pelantikan pegawai Penguatkuasa Syariah Sukarela (PPS) serta menyedia kad kuasa kepada semua pegawai penguatkuasa syariah yang dilantik.
  8. Mengurus segala urusan perolehan bekalan, pembelian peralatan penguatkuasa, mengawal serta merekod dokumen-dokumen dan keperluan logistik untuk kegunaan Penguatkuasa seluruh negeri.
  9. Menyediakan laporan berkaitan pelaksanaan aktiviti dan program Bahagian Penguatkuasaan.
UNIT PENCEGAHAN
  1. Bertanggungjawab menjalankan program/ceramah/seminar/forum pencegahan dan kempen kesedaran kesalahan jenayah syariah.
  2. Bertanggungjawab memberi penerangan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001 dan lain-lain yang berkaitan kepada masyarakat yang dianjurkan oleh agensi lain.
  3. Melaksanakan sesi khidmat nasihat sebagai aktiviti pencegahan dalam kes kesalahan jenayah syariah.
  4. Melaksanakan kempen kesedaran kesalahan jenayah syariah bagi membendung kes kesalahan jenayah syariah dalam masyarakat.
  5. Menjalankan siasatan dan risikan kes kesalahan di bawah peruntukan Undang-Undang atau Enakmen yang berbidangkuasa.
  6. Mengendalikan pengurusan barang yang disita di bawah kes kesalahan di bawah Enakmen bidangkuasa.
  7. Menyediakan laporan berkaitan aktiviti pencegahan dan siasatan.
UNIT OPERASI
  1. Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di Negeri Terengganu bagi memastikan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah dapat dijalankan dengan berkesan.
  2. Merangka operasi bersepadu secara berkala bersama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain seperti PDRM, AADK, JKM, JKN dan lain-lain.
  3. Merangka aktiviti – aktiviti operasi yang akan dijalankan di seluruh daerah Negeri Terengganu.
  4. Bertanggungjawab menyelaras SOP tatacara kerja dan manual tugasan Penguatkuasaan bagi semua PPS di semua daerah.
  5. Mengendalikan sistem e-Jinayat.
  6. Melaksanakan rondaan sebagaimana jadual yang telah ditetapkan.
  7. Merancang strategi yang bersesuaian bagi setiap operasi yang akan dijalankan.
  8. Memastikan perjalanan kes kesalahan jenayah syariah di mahkamah berjalan dengan lancar.
  9. Menyediakan laporan berkaitan aktiviti pencegahan dan siasatan.