Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 1445H/2024M bertempat di Dewan Jubli Perak, Kuala Nerus. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Tengku Seri Bijaya Raja dan Pegawai Kewangan negeri, Dato’ Nara Setia.
Antara objektif penganjuran majlis ini adalah untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat agar mengambil serius urusan al-Quran bermula daripada membaca, memahami serta menghayati seterusnya mengaplikasinya dalam kehidupan seharian.
Dalam menghadapi cabaran yang melanda, umat Islam perlu mengukuhkan diri dengan mengamalkan Islam yang sebenar dan bersih dari sebarang penyelewengan berasaskan kefahaman yang tepat berpandukan al-Quran.
Menyedari potensi kekuatan al-Quran dalam sanubari hati umat Islam (menyebabkan) musuh-musuh Islam sentiasa mencari jalan dengan mencari keraguan untuk melihat umat ini meninggalkan kitab suci itu dan terumbang ambing dalam jahiliah tanpa pedoman dan petunjuk.