Majlis Penutupan Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Disempurnakan Oleh KDYMM Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli menyampaikan hadiah kepada semua pemenang di Dewan Jubli Perak, Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus.Turut mengiringi Baginda, Permaisuri Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Terengganu serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.
Majlis Penutupan Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Disempurnakan Oleh KDYMM Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin   Majlis Penutupan Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Disempurnakan Oleh KDYMM Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin
Bilal Masjid Abidin (Masjid Negeri), Abdul Hadi Che Abdul Halim, berjaya mempertahankan kejuaraan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Jubli Perak, Bandar Al-Wathiqu Billah. Terdahulu, Abdul Hadi, 31, dari daerah Kuala Terengganu telah memenangi kejuaraan tersebut pada tahun lepas. Manakala, Johan Qariah pula disandang oleh Nor Jannah Abd Rahman, 33, dari Setiu.
Kedua-dua mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM8,000 beserta piala iringan dan sijil penyertaan. Mereka akan mewakili Terengganu pada Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan tahun ini yang dijadual berlangsung pada 23 Mei depan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA).