Majlis Perasmian Simposium Pelaksanaan Syariah Dalam Itqan Al-Muluk Bita’dil Assuluk Negeri Terenggany 1445h/2023m

Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Simposium Pelaksanaan Syariah dalam Itqan al-Muluk Bita’dil Assuluk Negeri Terengganu Tahun 1445H/2023M.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama isteri, To’ Puan Seri Faezah Tuan Abd Rahman serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.

Baginda turut berkenan melawat pameran sempena 25 tahun Pemerintahan KDYMM Sultan Terengganu bertempat di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang disediakan oleh Semua Agensi Agama Negeri Terengganu Selepas majlis perasmian tersebut.