Johan Keseluruhan KESSUMA

KITA JUARA !!

Kontinjen KESSUMA Negeri Terengganu yang terdiri daripada wakil pelajar Sekolah-sekolah Menengah Agama di Negeri Terengganu telah berjaya merangkul Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia Kali Ke-22 tahun 2023 .

Pasukan Terengganu berjaya memperolehi keseluruhan lima pingat dengan jumlah empat pingat emas dan satu pingat perak menewaskan negeri-negeri lain.

Berikut senarai kejayaan diperolehi Kontinjen Terengganu:-

1. Johan Bola Jaring
2. Johan Bola Tampar Perempuan
3. Johan Ping Pong Lelaki
4. Johan Badminton Lelaki
5. Naib Johan Ping Pong Perempuan

Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada para jurulatih/pengurus dan para pelajar yang terlibat atas usaha, kesungguhan serta semangat jitu berpasukan sehingga berjaya merangkul Johan Keseluruhan KESSUMA Kali Ke-22 pada tahun ini.

Semoga kejayaan pada hari ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan-kejayaan pada masa akan datang !

“Terengganu Unggul !”