MAJLIS PENYERAHAN BENDERA SEMPENA IJTIMAK PERDANA AGENSI AGAMA SELURUH MALAYSIA (IJPAM) TAHUN 2023
KONTINJEN JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU (JHEAT) telah diadakan pada pagi tadi di Dewan Auditorium, bertarikh 24 September 2023 (Ahad).
Ucapan Amanat dan Pesanan Khas Tuan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Kepada semua pemain sempena Sukan Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia di Sabah pada 1 hingga 5 Oktober 2023 nanti.
Bilangan acara yang disertai pada tahun ini melibatkan:
- Bolasepak
- Badminton
- Dart
- Pingpong; dan
- Bowling
IJPAM ini melibatkan seramai 49 orang peserta terdiri dari Pegawai dan kakitangan JHEAT dan juga agensi Mahkamah Syariah, Pendakwaan, MAIDAM dan Mufti.
Penganjuran pertandingan sukan ini bertujuan meningkatkan lagi hubungan ukhuwah yang terjalin antara agensi agama persekutuan dan negeri dan memupuk perasaan kasih sayang di kalangan pasukan yang bertanding. Selain itu kejohanan sukan ini memberi peluang kepada Pegawai dan kakitangan untuk berkenal-kenalan dengan rakan-rakan dari negeri lain.
Semua Pemain dingatkan agar menjaga nama baik jabatan dan bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi. Semua peserta dingatkan agar menunjukkan akhlak yang baik dan sentiasa menepati masa yang telah ditetapkan sepanjang kejohanan berlangsung. Sentiasa memberi sokongan kepada rakan yang sedang bertanding sekiranya pemain acara tertentu telah tamat.
Harapan besar pihak Jabatan agar kontinjen Terengganu dapat membawa pulang pingat dan memberi kebanggaan kepada seluruh warga JHEAT khususnya dan Negeri Terengganu amnya.