UNIT PENTADBIRAN
- Menyelia kakitangan bahagian termasuk kehadiran, rekod cuti, laporan penilaian tahunan.
- Mempastikan pengisian perjawatan.
- Merancang, menyedia dan menguruskan bajet tahunan bahagian.
- Menguruskan penerimaan dan pengedaran surat-surat dan mel.
- Menguruskan mesyuarat dalaman dan penggunaan bilik mesyuarat.
- Menguruskan semua pembayaran yang berhubungkait dengan bahagian
- Menguruskan akaun amanah dan mempastikan mesyuarat diadakan mengikut peraturan
- Menguruskan pesanan tempatan, stok dan peralatan yang diperlukan oleh bahagian dan unit-unit.
UNIT PENDAFTARAN NIKAH, CERAI & RUJU’
- Mengurus pelantikan Pendaftar termasuk Timbalan dan Penolong Pendaftar.
- Mengurus dan mengawalselia pendaftaran perkahwinan perkahwinan perceraian dan ruju’ orang Islam.
- Mengurus pelantikan Jurunikah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
- Mencadang / mengesyorkan pindaan undang-undang, SOP dan kaedah-kaedah bagi memastikan semua Pendaftaran Perkahwinan dicatat di dalam Daftar Perkahwinan dan Pendaftaran Perceraian dicatat di dalam Daftar Perceraian dan Pembatalan, dilaksanakan secara seragam dan betul.
- Mengurus pengeluaran dan carian dokumen perkahwinan, perceraian dan ruju’ orang Islam.
- Mentadbir, menyelia dan menaiktaraf Sistem e-Munakahat Terengganu.
- Mengadakan kursus/ seminar/ persidangan kepada Pendaftar dan jurunikah.
UNIT KHIDMAT NASIHAT
- Merancang dan menyusun pelaksanaan SOP dan aktiviti untuk Khidmat Nasihat.
- Merancang latihan serta memberi pendedahan dan kemahiran berkaitan khidmat nasihat/ rundingcara keluarga kepada Pegawai Rundingcara Keluarga di daerah-daerah.
- Melaksanakan Modul Manual Kaunseling Syari’e.
- Melaksanakan perkhidmatan khidmat nasihat/rundingcara keluarga kepada orang ramai.
- Mengurus dan mentadbir dalam pelaksanaan rujukan kes-kes rumahtangga kepada lain-lain agensi.
- Mengklasifikasikan rekod dan maklumat peribadi klien adalah sebagai SULIT dan RAHSIA serta disimpan sewajarnya.
- Menyediakan laporan khidmat nasihat/rundingcara keluarga (laporan bulanan dan tahunan).
UNIT PEMBANGUNAN KELUARGA
- Mengadakan,mengurus dan menyelaras kursus Praperkahwinan berdasarkan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI).
- Menyelaras dan menyelia Pusat dan Modul Khidmat Keluarga Sosial Dan Komuniti (PKKSK) bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancang dilaksanakan mengikut modul-modul yang telah ditetapkan.
- Mengadakan latihan kemahiran dan lanjutan fasilitator yang terlibat.
- Bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang berkaitan untuk sama-sama melaksanakan program/ aktiviti bagi memperkukuhkan institusi keluarga Islam
- Menyediakan laporan pelaksanaan program-program di bawah Unit Pembangunan Keluarga Islam.
- Menerbitkan dan mengedarkan bahan bacaan dan risalah-risalah berkaitan Pembangunan Keluarga Islam.
- Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Akauan Amanah MBKPI dan PPKI & PPS (PKKSK) serta mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun..