UNIT PENTADBIRAN
- Mengawal selia kakitangan, aset, kemudahan lain serta keceriaan dan kekemasan di Bahagian.
- Merancang mengenai perjawatan dan pembangunan Bahagian.
- Menyediakan bajet tahunan dan menguruskan pembelian dan perbelanjaan.
- Mengurus penerimaan, perjalanan surat-menyurat/minit mesyuarat dan fail.
- Mengurus kursus kakitangan, penilaian prestasi dan anugerah-anugerah yang lain.
- Menyelia dan mengurus peralatan di Bahagian Penguatkuasaan.
- Mengurus permohonan dan pelantikan pegawai Penguatkuasa Syariah Sukarela (PPS) serta menyedia kad kuasa kepada semua pegawai penguatkuasa syariah yang dilantik.
- Mengurus segala urusan perolehan bekalan, pembelian peralatan penguatkuasa, mengawal serta merekod dokumen-dokumen dan keperluan logistik untuk kegunaan Penguatkuasa seluruh negeri.
- Menyediakan laporan berkaitan pelaksanaan aktiviti dan program Bahagian Penguatkuasaan.
UNIT PENCEGAHAN
- Bertanggungjawab menjalankan program/ceramah/seminar/forum pencegahan dan kempen kesedaran kesalahan jenayah syariah.
- Bertanggungjawab memberi penerangan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001 dan lain-lain yang berkaitan kepada masyarakat yang dianjurkan oleh agensi lain.
- Melaksanakan sesi khidmat nasihat sebagai aktiviti pencegahan dalam kes kesalahan jenayah syariah.
- Melaksanakan kempen kesedaran kesalahan jenayah syariah bagi membendung kes kesalahan jenayah syariah dalam masyarakat.
- Menjalankan siasatan dan risikan kes kesalahan di bawah peruntukan Undang-Undang atau Enakmen yang berbidangkuasa.
- Mengendalikan pengurusan barang yang disita di bawah kes kesalahan di bawah Enakmen bidangkuasa.
- Menyediakan laporan berkaitan aktiviti pencegahan dan siasatan.
UNIT OPERASI
- Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di Negeri Terengganu bagi memastikan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah dapat dijalankan dengan berkesan.
- Merangka operasi bersepadu secara berkala bersama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain seperti PDRM, AADK, JKM, JKN dan lain-lain.
- Merangka aktiviti – aktiviti operasi yang akan dijalankan di seluruh daerah Negeri Terengganu.
- Bertanggungjawab menyelaras SOP tatacara kerja dan manual tugasan Penguatkuasaan bagi semua PPS di semua daerah.
- Mengendalikan sistem e-Jinayat.
- Melaksanakan rondaan sebagaimana jadual yang telah ditetapkan.
- Merancang strategi yang bersesuaian bagi setiap operasi yang akan dijalankan.
- Memastikan perjalanan kes kesalahan jenayah syariah di mahkamah berjalan dengan lancar.
- Menyediakan laporan berkaitan aktiviti pencegahan dan siasatan.