Bahagian Masjid

UNIT PENTADBIRAN

  • Mengawalselia kakitangan , aset , kemudahan lain serta keceriaan dan kekemasan di bahagian.

 •Membantu merancang mengenai perjawatan dan pembangunan bahagian

 • Menyediakan bajet tahunan dan menguruskan pembelian dan perbelanjaan.

• Menguruskan kewangan / buku vot, tuntutan elaun hadir mesyuarat jawatankuasa masjid dan tuntutan-tuntutan lain.

 Menguruskan penerimaan , perjalanan surat menyurat dan fail.

 Mengurus kursus kakitangan , penilaian prestasi dan anugerah-anugerah yang lain.

• Menjadi urusetia mesyuarat dalaman bahagian

UNIT KHUTBAH DAN PENGUKUHAN

 Menyediakan , menapis dan mengedar khutbah bagi kegunaan masjid-masjid dalam negeri Terengganu

 Memastikan peningkatan dan pelaksanaan berkesan khutbah multimedia disemua masjid dalam negeri.

 Merancang dan mengadakan latihan , bengkel, atau kursus kepada calin iman , bilal , pegawai masjid dan Jawatankuasa Masjid.

• Mengurus hal yang berkaitan dengan program sempena hari-hari kebesaran islam , DYMM Sultan / SPB YDP Agong.

 Mengurus hal yang berkaitan dengan iman-iman jemputan dan tetamu dari luar negeri/negara.

 Mengurus taklimat dan mengiringi pelawat ke bahagian.

UNIT PENGURUSAN MASJID

 Masjid Kerajaan

 a) Mengurus kekosongan , penempatan dan hal-hal lain berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab pegawai masjid kerajaan

   b) Mengurus hal yang berkaitan dengan makam DiRaja.

  c) Mengurus hal yang berkaitan dengan program keagamaan di istana dan keberangkatan sultan dan kerabat ke masjid.

  d) Mengurus hal yang berkaitan dengan urusan permohonan pembinaan , penyelenggaraan dan kebersihan / keceriaan masjid.

 e) Mengurus hal yang berkaitan dengan naik taraf masjid mukim kepada masjid kerajaan.

 Masjid Mukim

   a) Menguruskan pelantikan dan pengantian ahli jawatankuasa masjid / surau

 b) Menguruskan hal yang berkaitan dengan pelantikan , pembayaran imbuhan , persaraan atau penamatan dan kebajikan pegawai masjid mukim.

c) Mengurus hal yang berkaitan pembinaan , kebenaran berjumaat , persempadanan , penamaan , pewartaan dan perasmian masjid.

d) Mengurus perkuburan islam dan hal yang berkaitan dengannya.

e) Menyemak dan mengesahkan tuntutan elaun hadir mesyuarat jawatankuasa masjid dan tuntutan-tuntutan lain.

f) Mengurus hal yang berkaitan dengan naik taraf surau kepada masjid mukim.

 

TAKMIR
PROGRAM TAKMIR MASJID DAN SURAU
PENGENALAN

•  Program Takmir Masjid dan Surau adalah suatu program pengajian pendidikan agama Islam di masjid-masjid dan surau-surau yang dianjurkan oleh Jabatan/Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri dengan bantuan kewangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

TUJUAN

•  Tujuan program ini adalah seperti berikut:-

•  Untuk menyebarluaskan ilmu pengetahuan dan ajaran Islam kepada masyarakat dalam usaha untuk melahirkan anggota masyarakat Islam yang bertakwa dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar;

•  Untuk membanteras penyabaran agama Islam yang diselewengkan;

•  Umtuk memakmurkan masjid-masjid dan surau-surau sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahun Islam dan;

•  Untuk mengetengahkan tokoh-tokoh agama Islam yang berwibawa sebagai rujukan kepada masyarakat.