Program Pengurusan Kewangan Penjawat Awam, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

Program Pengurusan Kewangan Penjawat Awam, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
Pada 19 Februari 2025, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah menganjurkan Program Pengurusan Kewangan Penjawat Awam bertempat di Dewan Auditorium JHEAT. Program ini dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Pejabat Agama Daerah, serta imam dan bilal daerah.
Penceramah jemputan, En. Mohd Azizuddin bin Abdullah, Ketua Cawangan AKPK Negeri Terengganu, telah berkongsi ilmu penting mengenai pengurusan kewangan peribadi. Antara topik yang dibincangkan termasuk perancangan simpanan, pengurusan hutang, serta langkah-langkah untuk meningkatkan kestabilan kewangan di kalangan penjawat awam.
Program Pengurusan Kewangan Penjawat Awam Program Pengurusan Kewangan Penjawat Awam
Program ini mendapat sambutan baik daripada peserta, yang kini lebih sedar akan pentingnya celik kewangan untuk kesejahteraan hidup dan keluarga.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian
Program Pengurusan Kewangan Penjawat Awam Program Pengurusan Kewangan Penjawat Awam