KUALA TERENGGANU, 18 DISEMBER 2024
Kunjungan hormat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Nara Setia di pejabat beliau di Wisma Darul Iman.
Kunjungan itu diketuai oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Tuan Haji M Rozi Bin Bidin dan Timbalan Pesuruhjaya (Pentadbiran, Kewangan Dan Pembangunan), Encik Azman Bin Ghani@Hussin.
Dalam pertemuan dua hala itu, kedua-dua pihak saling bertukar idea dan membincangkan hal-hal berkaitan pentadbiran dan aktiviti keagamaan di negeri Terengganu.



