Program Street Halal Siri 5/2024

Program Street Halal Siri 5/2024
Tarikh : 23 November 2024 (Sabtu)
Tempat : KTCC Mall, Kuala Terengganu
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu melalui Bahagian Pengurusan Halal telah mengambil satu pendekatan untuk mempromosikan Pensijilan Halal kepada usahawan dan peniaga di Negeri Terengganu dengan mengadakan Program Street Halal. Kini Program Street Halal diteruskan lagi dengan siri 5/2024.
Program ini diadakan dengan memberi penerangan ringkas berkaitan permohonan pensijilan halal dari premis ke premis yang berpotensi untuk memohon pensijilan halal di KTCC Mall, Kuala Terengganu.
Untuk program kali ini, Bahagian Pengurusan Halal JHEAT turut mengedar flyers yang mengandungi senarai premis yang telah mendapat pensijilan halal bagi premis berangkai dan hotel & resort di dalam Negeri Terengganu kepada pengunjung-pengunjung yang datang ke KTCC Mall. Untuk rekod, sebanyak 2000 flyers berjaya diagihkan kepada pengunjung-pengunjung.
Semoga dengan usaha yang dilakukan ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada usahawan, peniaga dan orang awam tentang pensijilan halal, sekaligus dapat meningkatkan lagi jumlah pemegang SPHM di Negeri Terengganu khasnya dari masa ke semasa.
Program Street Halal   Program Street Halal   Program Street Halal
Program Street Halal   Program Street Halal   Program Street Halal
Program Street Halal   Program Street Halal