Program Santuni Masyarakat Orang Asli – “Indahnya Hidup Bersyariat” (Siri 2)

Program Santuni Masyarakat Orang Asli
“Indahnya Hidup Bersyariat” (Siri 2)
Program menyantuni masyarakat Orang Asli Sungai Sayap, Besut anjuran Bahagian Undang-Undang Keluarga dengan kerjasama pelbagai pihak dan telah diadakan pada 23 Julai 2024 (Selasa), bertempat di Masjid Felcra Keruak, Kampung Sungai Pergam, Besut.
Dirasmikan oleh Yang Berhormat Mohd Husaimi bin Hussin, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, PENDAPATAN Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau Merangkap ADUN Hulu Besut.
Program ini bertujuan untuk memberikan kefahaman tentang pengamalan Islam dalam penyembelihan bintang, memberi pendedahan kepada orang asli untuk memantapkan aqidah melalui solat dalam slot ceramah dan memperbaiki tatacara Wuduk dan Solat melalui fasilitator yang di lantik.