Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2024M

Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu ingin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas penyertaan peserta-peserta dari Terengganu ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1445H/2024M yang sedang berlangsung di Kuantan, Pahang.
Tahniah kepada semua yang terpilih, yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam memartabatkan ilmu Al-Quran. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada peserta kita, termasuk keluarga, guru-guru, dan semua pihak yang terlibat. Kami berharap para peserta dapat menampilkan persembahan terbaik dan membawa nama baik negeri Terengganu. Semoga segala usaha kita diberkati dan mencapai kejayaan cemerlang. Terima kasih.