Program Kesedaran Halal Siri 3/2024 ‘Mudahnya Pensijilan Halal’
Tarikh : 27/7/2024(Sabtu)
Tempat : Dewan Utama, University College Bestari (UCB), Setiu
Masa : 8.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu melalui Bahagian Pengurusan Halal telah meneruskan Program Kesedaran Halal yang telah memasuki Siri 3/2024 yang bertajuk ‘Mudahnya Pensijilan Halal’
Antara objektif utama program ini diadakan ialah memberi kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan pensijilan halal khususnya kepada pengusaha kantin dan asrama sekolah Negeri Terengganu bagi daerah Besut, Setiu dan Kuala Nerus
Seramai lebih kurang 350 orang peserta terdiri dari pengusaha kantin dan asrama sekolah Negeri Terengganu bagi daerah Besut, Setiu dan Kuala Nerus telah menghadiri program ini dengan jayanya.
Majlis penutup program ini telah dihadiri oleh Encik Muhammad Nazri bin Abd Ghani (Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid), Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan En. Khairul Azizi Bin Idris (Ketua Penolong Pesuruhjaya, Bahagian Pengurusan Halal JHEAT).
Semoga program seperti ini dapat memberi manfaat kepada yang peserta yang hadir. Insha Allah.