Program Kesedaran Halal Siri 2/2024 ‘Halal Pilihan Kami’

Program Kesedaran Halal Siri 2/2024 ‘Halal Pilihan Kami’
Tarikh : 10/6/2024(Isnin)
Tempat : Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun
Masa : 9.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
Alhamdulilah, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu melalui Bahagian Pengurusan Halal dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Dungun meneruskan Program Kesedaran Halal Siri 2/2024 yang bertajuk ‘Halal Pilihan Kami’
Antara objektif utama program ini diadakan ialah memberi kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan pensijilan halal kepada usahawan/pemain industri dan masyarakat awam di Negeri Terengganu khususnya.
Seramai lebih kurang 270 orang peserta terdiri dari pelbagai jenis perniagaan dan latar belakang telah menyertai program yang diadakan ini.
Program ini dirasmikan oleh Encik Khairul Azizi bin Idris (Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pengurusan Halal).
Semoga program seperti ini memberi manfaat kepada yang hadir. Insha Allah.