Pemberitahuan Skim Hafaz Al-Quran Dewasa Terbuka Negeri Terengganu Bagi Tahun 2024

PEMBERITAHUAN

Tuan/Puan,

SKIM HAFAZ AL-QURAN DEWASA TERBUKA NEGERI TERENGGANU BAGI TAHUN 2024

Adalah dimaklumkan kepada muslimin dan muslimat sekalian bahawa Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu akan mengadakan SKIM HAFAZ AL-QURAN DEWASA TERBUKA NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN BAGI TAHUN 2024.

2. Dalam kaitan ini, adalah dipelawa kepada sesiapa yang berminat dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan menyertai program ini sebagaimana berikut :-

i. Beragama Islam.
ii. Rakyat Negeri Terengganu yang bermastautin di negeri ini.
iii. Tahap minimum hafaz adalah tidak kurang dari 7 juzu’ pertama mengikut susunan mashaf
iv. Berumur tidak kurang dari 18 tahun (pada 1 April 2024) dan tidak melebihi 29 tahun bagi mereka yang memohon tahap di bawah 30 juzu’.
v. Seseorang yang berumur 30 tahun dan ke atas hendaklah memasuki tahap 30 juzu’.
vi. Mana-mana pelajar dan Lulusan Maahad Tahfiz atau mana-mana Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran atau yang seumpama dengannya yang ingin menyertai ujian ini hendaklah memasuki ujian tahap 30 juzu’.
vii. Bersedia dan sanggup memberi sumbangan sukarela di Negeri Terengganu sahaja iaitu di tempat-tempat yang diarahkan atau dipersetujui oleh Jabatan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Penyertaan masyarakat/kanak-kanak (pelajar-pelajar tuan/puan) dalam sumbangan tersebut hendaklah melebihi 15 orang. Sumbangan bermaksud :
a. Pengajaran Kelas Al-Quran.
b. Kelas Fardhu Ain.
c. Mengajar Bahasa Arab.
d. Mengajar Ilmu Tafsir Al-Quran,Tajwid, Feqah dan lain-lain.
viii. Permohonan penyertaan adalah secara atas talian yang boleh dilayari melalui pautan https://edakwah.terengganu.gov.my

Bagi penyertaan 30 juzu’, pemohon hendaklah mengisi Borang Maklumat Sumbangan Sukarela di atas talian melalui pautan yang sama (jika ada memberi sumbangan sukarela). dan WAJIB mendapat pengesahan tempat mengajar dan Pegawai Agama Daerah masing-masing