PENGUMUMAN!!!!!
*PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH AGAMA TERENGGANU BAGI KALENDAR AKADEMIK SESI 2024/2025*
PERMOHONAN KE :
1. Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin
2. Maahad Tahfiz Al-Quran Terenggganu
3. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI)
4. Sekolah Menengah Agama (Harian)
SYARAT KEMASUKAN TINGKATAN EMPAT BERDASARKAN KEPUTUSAN
UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) ATAU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 3 (PAT3) 2023
SYARAT AM
Berumur 16 Tahun pada tahun semasa pengambilan murid tingkatan empat
Warganegara Malaysia dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman
Calon-calon yang layak memohon dari :
● Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK / SMA Terengganu)
● Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK Luar Terengganu)
● Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
● Sekolah Menengah Kebangsaan, Kelas Aliran Agama (KAA)
● Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (IMTIAZ)
● Sekolah Agama Swasta
Tarikh permohonan : 27 FEBRUARI 2024 pukul 3.00 petang SEHINGGA 12 MAC 2024 pukul 4.30 petang
Borang permohonan & syarat-syarat permohonan boleh didapati melalui laman web : http://smaonline.terengganu.gov.my/ bermula tarikh permohonan dibuka.
Jangan Lepaskan peluang ini!
#JPINT #JHEAT
#TERENGGANUMENDEPANIKECEMERLANGANPENDIDIKAN
#TERENGGANUMAJUBERKATSEJAHTERA