Majlis Graduasi Program Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT)

     

DYTM Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Graduasi Program Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) Pelajar Batch Kedua Tahun 2023 pada 2 Disember 2023 (Sabtu)di Dewan Jubli Perak, Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus

 

Keberangkatan tiba baginda disambut Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Mohd Nor Hamzah, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu.

 

Seramai 181 graduan berjaya menamatkan pengajian dan menerima sijil. Syabas dan tahniah kepada semua penerima.